Bdr Baru Bangi 01 Nov 2009

 

MENGHADAPI CABARAN

Demi masa berlalu kita menghadapi berbagai-bagai cabaran masa kini terhadap masalah pada diri, keluarga, komuniti, masyarakat dan negara yang meliputi semua aspek menghidupan peribadi, keluarga sosial, ekonomi dan politik yang bertambah kompleks.

Masalah yang menjadi cabaran kita sekarang adalah jauh lebih kompleks dan kronik daripada zaman dua tiga dekad yang lalu. Masalah peribadi, keluarga dan masyarakat yang dihadapi adalah amat membimbangkan ibu bapa dan datuk nenek kita semua.

Nilai-nilai murni dan kasih sayang antara generasi muda dan tua kian merosot ke tahap yang menyedih dan membimbangkan yang perlu dikaji semula demi untuk memulih dan menyemarakkan semula kasih sayang dan hubungan erat antara mereka.

Akhlak dan moral manusia kini kian merosot, mereka seolah-olah sudah hilang nilai dan budaya yang pernah menjadi kebanggaan bangsa sehingga bebagai kesalahan jenayah dan kesalahanmoralyang berlaku hari ini.

 

Bersambung ...

 

 

 

 

   

Copyright 2005-2009 by Dr. Ghazali A.G.
All Rights Reserved.